Kami berpengalaman 10 tahun dalam membantu pesakit yang terlibat dengan saraf, sakit belakang, kebas kaki dan tangan, sakit bahu, sakit lutut, slip dics,vertigo, sciatica, mahupun strok dengan kaedah melalui rawatan akupunktur dan pelbagai rawatan tradisional yang lain.
Urutan saraf sangat penting sebagai permulaan sebelum rawatan Bone Adjustment. Ini kerana urutan saraf bertujuan meredakan ketegangan otot, meningkatkan aliran darah, melembutkan sendi, mempercepatkan proses pemulihan selepas kecederaan dan senaman berat. Selain itu dapat menghilangkan stres dan menaikkan mood.
Terapi tulang belakang dan sendi pula bagi membantu alignment postur tulang belakang. Dengan menggunakan pelbagai kaedah pelarasan dan menerapkannya pada bahagian badan yang berbeza, Bone Adjustment bertujuan untuk mencapai hasil yang paling berkesan. Pendekatan ini membolehkan kawasan yang terjejas menjadi tidak tersekat, memulihkan integriti sistem saraf dan menggalakkan proses penyembuhan.
Renggangan dan penguatan otot adalah dua aspek penting dalam rawatan pemulihan, terutama selepas kecederaan atau dalam proses rawatan. RENGGANGAN membantu meningkatkan fleksibeliti dan kurangkan ketegangan otot. MENGUATKAN OTOT membantu memberi sokongan tambahan kepada sendi, meningkatkan prestasi tubuh dan mencegah kecederaan berulang.
Tekan cawangan terdekat untuk set temujanji
“Annusrah adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menawarkan terapi bekam (cupping), terapi tulang belakang (bone adjustment, bone alignment) dan juga urutan (massaging).
Annusrah terdiri daripada perawat-perawat yang mahir dalam mengubati sakit pinggang, sakit belakang, sakit bahu, sakit pinggul, sakit uraf, sakit saraf, lemah otot, lemah sendi dan sakit kepala.
Kaedah rawatan An Nusrah mengintegrasikan antara rawatan moden, tradisional dan komplimentari demi memberi manfaat penuh kepada masyarakat khususnya kepada yang mempunyai penyakit sakit pinggang.”